Kisah MERTUA berdendam terhadap MENANTU

| |

Suzana (nama sebenar) dan Razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah. Mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar Kuala Lumpur... Mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi. Tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..
Salmah, seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.



Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman.. Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya di U itu dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pun diijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman, tapi malang telah menimpa mereka.
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan!
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya, tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya akan menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan. Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji tidak akan menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab...... ‘…penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan.’ Salmah agak kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut tapi gembira bila melihat perubahan wajah anak kesayangannya. Beliau mencium muka anaknya berkali-kali.
.........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua itu?

*HAHAHAHAHA



FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

5 Komen♬:

Sheila Shafeareen said...

salam-
Maula baca tu mmg sedih & grm last tegelak sendiri...

Watierman said...

Lyana ni kan...akak feel baik punya...ko potong karan Dik....kulit punggung tu sebagai pengajaran terbaik buat dendam kesumat mak mertua dia kan???

♥MAMASYAZA♥ said...

hahhahahhhhhhhh..!!!! memang lawakkk

ieda said...

eheksss pasti mak mertua dier menyesal x sudah2 ...

indahhouse said...

salam lyana,
hihihi. baru nak sedey2, tiba2 bau masam lak. kikiki