SAJA SUKA2...(MY FM COLLECTION)

| | 3 Komen♬











KARI KEPALA IKAN

| | 1 Komen♬

Assalammualaikum...
Hari ni..tak lah bizi sangat sebab Syafi cuti cuma Haris jer ada kat rumah..so sempat lah lyana ngadap lappy lama cikit...cuaca hari ni..mendung jer...sejuk jer rasa..time2 camni klu tidoq syok oooo....Hari ni tak nak celoteh panjang2 cuma nak letak pic kari kepala ikan jer...semalam dah makan isi hari ni makan kepala pulak..pergghh memang sedap giler kari kepala ikan..makan nasi mau bertambah tambah ni...lyana masak kari ni..tak guna santan...lyana lebih suka masak kari tanpa santan...baru best...ala2 kari mamak gitu...hihihik...ok layan jer lah kari kepala ikan yang tak seberapa ni...chow...


KEMBALI BERSIARAN...

| | 0 Komen♬

Assalammualaikum...
Alhamdulillah kembali bersiaran setelah cuti agak panjang..sampai blog ni pun dah bersawang...Lately ni agak bizi sikit sebab sekarang ni lyana dah mengasuh 2 org baby,Syafi(3month) dan Haris(1year).Haris dah pandai bawa diri dan Syafi anak sedara hubby..Alhamdulillah bertambah rezeki dah Alhamdulillah jugak semuanya berjalan lancar, cuma biasa la letih la sikit tapi lyana happy sangat sekurang kurangnya tak lah boring sangat bila adik abang gi sek.Sejak lyana ngasuh baby ni..masuk dapur pun awal..kiranya pukul 10pg dah siap suma keja dapur termasuklah masak.Pastu barulah lyana uruskan Syafi dan Haris...Alhamdulillah buat masa sekarang so far so good.Baby yang kecik tu pulak tido punyalah lama...sempatlah lyana nak siapkan suma keja umah.Tapi time hubby cuti,hubby pun banyak jugak tolong lyana..termasuk jugak adik abang punyalah suka dia orang ni...ada baby kat rumah...sampaikan adik nak gi sekolah pun sayang nak tinggal baby2 ni..hihihik...Syafi pukul 2ptg parent dia dah datang ambil Haris pulak pukul 5.30ptg balik.
Oklah..untuk menu lyana hari ni..lyana cuma masak simple jer...asam pedas isi ikan merah dengan ayam goreng jer..semlm gi fish mart tengok ikan murah2 n segar pulak tu..macam2 ikan yg ada kat situ.Kebetulan semlm lyana ajak hubby singgah situ sebelum ni..lyana tak pernah singgah pun tapi semalam lalu situ tengok orang ramai..sebab tu singgah...emmm..memang best macam2 ikan ada harga pun tak mahal sangat..bole la...


SELAMAT BERCUTI

| | 0 Komen♬

Assalammualaikum...
Happy School Holiday...hari ni...tak nak celoteh panjang2..tak der idea nak menulis...rasa kosong jer..blurrrr..asyik dok teringat nak balik kampung...N3 hari ni just nak ucap selamat bercuti..pada kawan2 yang pergi bercuti jauh2 tu berhati hati semasa memandu, selamat pergi dan selamat kembali.Alang2 dah buat N3 ni..nak jugak selit menu untuk hari ni..menu lyana sekeluarga simple jer..udang goreng kunyit dengan daging black paper..menu yg entah keberapa kali diulang tayang hihihik...ok lah jom layannnnnnnnn....



  

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

| | 3 Komen♬

Hari Wanita merupakan detik bersejarah bagi kemajuan wanita dan peristiwa penting terutamanya dalam konteks perjuangan kaum wanita di seluruh dunia dalam usaha mendapatkan persamaan hak, kesaksamaan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi bersama dengan kaum lelaki. Kini, Hari Wanita yang disambut setiap tahun merupakan perayaan simbolik yang perlu dihayati dan disyukuri sebagai lambang pengiktirafan dan penghargaan terhadap perjuangan dan sumbangan wanita zaman lampau dan masa kini untuk generasi masa depan.
Wah bermukadimah la pulak...Walau bagaimana pun wanita sekarang memang dah berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki malah ada sesetengah wanita yang lebih berjaya dari lelaki...so tak hairanlah..sekarang ni..apa saja yang kaum Adam boleh lakukan tak mustahil kaum Hawa pun mampu jugak melakukannya...sebab itulah disebalik kejayaan kaum lelaki desebaliknya disokong oleh wanita kan...
Untuk semua wanita SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA..

MENU TENGAH HARI NI....

| | 3 Komen♬

Assalammualaikum...
Dah beberapa hari blog ni...tak der new N3...bukan tak der citer yang nak dicelotehkan, tapi disebabkan empunya blog ni malas tahap maximun itu sebabnyer...blog ni..sunyi sepi tanpa N3 terbaru...Tapi hari ni...rasa rajin sikit,itu pun sikit jer...dan rasa nak tempek pic menu hari ni...wapun menu yang tak seberapa dan dah beberapa kali diulang tayang tapi tetap jugak nak tempek...dari tak ada pic lebih baik tempek jer...pic sambai petai ni...hihihihk.Petai ni..dah banyak hari dalam esbok..tapi baru hari ni sempat nak masak,apa taknyer..asyik tapau jer...kekadang tu..pening jugak kepala ni..dok fikir nak masak apa..tiap2 hari sebelum masuk dapur nak kena buka internet dulu...cari resepi...kalau boleh tu nak cari resepi lain dari yang lain tapi terfikir pulak buatnyer masak penat2 pastu tak kena pulak dengan tekak anak2...ha..sudah...sapa pulak nak makan..kadang2 anak2 ni..bila kita masak lain sikit mula la...itu tak makan ini tak lalu..huhhh kekadang tu...penat jugak nak layan selera anak2 ni...tapi itulah sebagai seorang ibu..nak tak nak kena layan jugak selera anak2..kan..Amboi panjang pulak celoteh....Ok..layan jer lah...


COKLAT OH COKLAT....

| | 0 Komen♬

Assalammualaikum...
Kembali bersiaran..hari ni tak banyak sangat xtvt..cuma jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga surirumah sepenuh masa.N3 kali ni nak citer pasai coklat pulak..ini homemade coklat tapi bukan Lyana sendiri yang bikin..yer...tapi nak tolong orang melayu majukan bisnes hihiihik..oder jer...nak buat sendiri tak pandai...tunjuk lagi senang balik rumah terus ngap...kan senang..harga pun murah jer..50bj baru 18hengget (colourfull punya)...badam sebijik lg kat dalam...wow murah kan...dan yang pastinya dah tentu halal sebab orang melayu yang buat....so secara tak langsung boleh tolong majukan bisnes oarang melayu...itu yang penting...
oklah tak nak celoteh panjang2 nanti ada pulak yang bosan membacanyer...lgpun nak bawa adik abang kluar gi makan...perut pun dah lapar sangat ni.........jumpa lg di next N3..



Saman Ekor : Ketahui Hak Anda

| | 1 Komen♬

Paparan hanya sekadar bahan bacaan
(Tidak menyalahkan mana-mana pihak)
 


Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.



Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

MINTAK MAAF SEMUA...

| | 2 Komen♬

Assalammualaikum....
LYANA NAK MINTAK MAAF PADA SEMUA KAWAN2 BLOGGER SEBAB LYANA TERPAKSA DELETE SEMUA BLOG LIST LYANA...ATAS SEBAB2 TERTENTU...NANTI KALAU SEMUA DAH KEMBALI NORMAL...LYANA AKAN MASUKKAN SEMULA SEMUA BLOGLIST TU...

My 1st Giveaway

| | 1 Komen♬

Joint GA milik http://darlingszsite.blogspot.com/Pada sesiapa yang ingin menjointkan diri sila klik kat SINI
Tarikh tutup lambat lg iaitu pada 20/03/2011 so tunggu apa lg..jom arrr joint
alamak nak tag siapa yer..ramai yg dah menjointkan diri...hihihik...