SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

| |

Hari Wanita merupakan detik bersejarah bagi kemajuan wanita dan peristiwa penting terutamanya dalam konteks perjuangan kaum wanita di seluruh dunia dalam usaha mendapatkan persamaan hak, kesaksamaan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi bersama dengan kaum lelaki. Kini, Hari Wanita yang disambut setiap tahun merupakan perayaan simbolik yang perlu dihayati dan disyukuri sebagai lambang pengiktirafan dan penghargaan terhadap perjuangan dan sumbangan wanita zaman lampau dan masa kini untuk generasi masa depan.
Wah bermukadimah la pulak...Walau bagaimana pun wanita sekarang memang dah berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki malah ada sesetengah wanita yang lebih berjaya dari lelaki...so tak hairanlah..sekarang ni..apa saja yang kaum Adam boleh lakukan tak mustahil kaum Hawa pun mampu jugak melakukannya...sebab itulah disebalik kejayaan kaum lelaki desebaliknya disokong oleh wanita kan...
Untuk semua wanita SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA..

3 Komen♬:

ardinihumaira said...

selamat hari wanita :D

akubiomed said...

Salam Ziarah

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai

♥e'in♥ said...

slmt hari wanita kak.. =)