Giveaway Separuh Jiwang

| | 0 Komen♬

Separuh jiwang giveaway pulak..jom kita pakat2 joint...senang jer...klik jer link ni http://weedaleim.blogspot.com/2010/12/giveaway-separuh-jiwang.html 
GA ni milik empunya blog WEEDA

saya mau GA dari miss librian

| | 0 Komen♬

wah sakan betul mlm ni...First...nak ucap tima kasih kat ieta coz tag lyana untuk GA ni...harap2 ada rezeki kita yer..ieta.
Ok jom kita joint GA ni pulak...Saya Mau GA dari Miss Librarian puan empunya blog ni mengajur GA ni sebab dia nak gi Jakarta hantar hubby dia dan nak gi honeymoon sekali..wow best la...syarat2 nak joint GA ni pun mudah sangat...jom kita tengok apa syarat2nya...klik kat sini http://mid-sayang.blogspot.com/2010/12/2nd-ga-from-maera.html

CABUTAN BERTUAH...NAK JOINT JUGAKKKK.....

| | 0 Komen♬



Cabutan betuah la pulak....Nak joint...????jom la...tunggu apa lagi...klik jer link ni...http://myshopbello.blogspot.com/2010/12/cabutan-bertuah.html...ha!!!!tunggu apa lagi cepat aarrr..tarikh tutup dah dekat ni...jom cepatttt.........

GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"

| | 0 Komen♬

Ada lagi GA yang lyana nak joint...dapat tau tentang GA ni pun dari blog KAK ATie jugak..perghhh bnyk giler GA yang kak atie joint..cayalah akak...gud luck untuk akak...
Ok berbalik pada GA ni..jom ramai2 kita joint sebab hadiah yg ditawarkan oleh empunya blog ni..eqbalzack.com memang best,barangan dari IKEA...wow best tu..syarat2 nak joint pun senang jer..klu korang nak tau syaratnyer dan nak joint GA ni klik jer link ni http://www.eqbalzack.com/
Nak tag GA ni kat ieta...PUTERA2PUTERI

1st Eijam's Famly Giveaway's

| | 1 Komen♬


Salam...masa BW kat blog Kak Atie terpandang lah pulak 1 GA ni...memang menarik minat lyana nak joint GA ni...sebab lyana pun salah seorang peminat tupperware...apalagi bila tengok hadiahnyer berupa barangan tupperware lagilah berkobar kobar semangat nak joint hihih..pastu bila nengok tarikh tutupnyer rasanyer masih x terlambat nak joint wapun tinggal 1 hari jer lg harap2 sempat la...
Ok jom nak citer ckit tentang puan empunya blog dan penganjur GA ni...EIJAM's FAMLY BLOG..blog beliau banyak menceritakan kisah famly beliau dan barangan tupperware beliau...dan beliau begitu bersemangat menyusukan sendiri baby beliau..
Pada kawan2 yg minat dengan barangan tupperware tunggu apa la jom joint cepat tarikh tutup 31/12/2010 jam 10mlm.pada yang berminat nk joint klik jer kat sini http://nhmi.blogspot.com/2010/12/sticky-mode-1st-eijams-family-giveaway.html

KOLEKSI PERIBADI

| | 3 Komen♬

Salam......
Alhamdulillah hari ni...masih berkesempatan menjengok blog yang selalu terlepas pandang ni....sekarang ni masa utk ngadap lappy betul2 terhad...time petang2 camni barulah berkesempatan itupun klu adik abang x ajak kluar...klu x,emmm memang x sempat la...

Hari ni...cuaca mendung jer...dari pagi sampai lah sekarang.....klu tarik selimut memang best giler...semenjak 2 menjak ni semakin kering idea nak buat n3...terfikit fikir jugak nak buat  n3 apa supaya blog ni...nampak ceria cam dulu...tiap2 hari ada jer...n3 yg nak dibuat tp skrang ni...emmmm...hampeh....
Emmm tapi hari ni...ingat nak letak pic koleksi Tupperware lah...Sebenarnyer x lah bnyk sangat pun koleksi yg ada tp...yg dari x der n3 lebih baik letak jer pic tupperware yg seciput... tu.....ahaakss.....


INI ADIK ABANG PUNYA KEJA PANTANG ADA STIKER SEMUA BENDA DIAORANG NAK LEKAT


SENDUK PUN NAK NTERPREM GAK HI..HIHIH..


GA...GA...

| | 1 Komen♬


xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos
Jom ramai2 join GA yang pertama dari LIL SWEET BOX,syarat nak joint GA ni pun senang jer...So tunggu apa lagi jom la joint..opppss lupa la pulak klu nak joint klik jer  http://handmadebysyida.blogspot.com/2010/12/1st-giveaway-lil-sweet-box-27122010.html

KEMBALI BERBLOG....

| | 0 Komen♬

Salam...Alahai dah lama betul rasanyer Lyana tinggalkan blog ni...semuanyer gara2 Fb...he3..sampai terlupa terus dengan blog ni...wahal dulu sebelum ada FB...bloglah tempat meluahkan perasaan,dan kerana blog ni jugalah Lyana dapat ramai kawan......syiannyer blog ni...dah bersawang giler....dah ada mcm2 penghuni dah....hahahahah....hari ni kembali berblog pun sebab nak masukkan award pemberian Kak atie...rasanyer dah lama Kak Atie bg award tu...tp langsung x berkesempatan nak gantung award tu...Thanks Akak...sebab sudi bg lyana award tg kiut ni.....wapun lyana dah lama x berblog tapi akak masih ingat nak bg award kat lyana....emmmm saaayangggg....akak muahhhh....





xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

CIK ANITA SONGEH GIVEAWAY

| | 2 Komen♬

Cik Anita Songeh Giveaway
PENGUMUMAN...sesiapa yang singgah atau tersinggah di sini dan terbaca N3 nie..anda di alu-alukan untuk menyertai GA Cik Anita Songeh .Jom kita ramai-ramai memeriahkan GA ini .

Syarat penyertaan sangat mudah:
1. Follow saya punya belog (tak wajib, tp utk memudahkan update dari saya )
2. Perlu ada entri baru dan link kepada belog ini.
3. Tajuk entry is : Cik Anita Songeh Giveaway.
4. Lepas dah join, sila komen di post ini dah tinggalkan link anda. Biar mudah nak jejak nanti. Jangan di chat box ye. Nanti susah Cik Anita nak kesan.
5. Kalau rajin sila buat sticky post ye :)
6. Jangan lupa tag DUA orang rakan anda. Pastikan mereka tahu yee..
7. Letakkan banner buruk Cik Anita di side bar anda ye. :)

Cara nak tentukan pemenang dengan Lucky Draw iaitu Cik Anita pilih dua pemenang sahaja yang bertuah. *mungkin akan berubah mengikut kesesuaian. Makin ramai mungkin akan ditambah jumlah pemenang.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.10.2010!
pemenang akan diumumkan 31.10.2010
Hadiah akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penyertaan.

TIPS MELEMBUTKAN HATI ANAK2

| | 2 Komen♬

Untuk amalan bagi Ibu bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata.

Salam Ukhuwah..~

xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

JOM JOINT GIVEAWAY KAK ATIE

| | 2 Komen♬

Jom joint GIVEWAY Kak Atie, ada HADIAH menarik yang sedang menanti.Ini adalah GIVEAWAY yang pertama yang Kak Atie buat sempena setahun kelahiran blog dia.....Hadiah2 yang Kak Atie tawarkan tu begitu menarik dan cantik sangat... dan bila baca syarat nak sertai GA kak Atie ni  rasa senang jer cuma jadi follower dan bg komen  senang jer kan...bila tengok jer hadiah2 tu..wah...rasa teruja sangat nak joint mana la tahu mungkin kali ni....ada rezeki lyana pulak...Selalu joint GA x pernah menang pun huhuhuhu...sedeynyer...Oklah pada sapa2 yang suka joint GA jom kita pakat2 joint GA kak Atie ni...mana la tau ada rezeki kita....




xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

KEZUTAN DARI KAK ATIE.....CANTIK SANGAT...THANKS KAK ATIE

| | 2 Komen♬

xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

TERIMA KASIH KAK ATIE...YUS...

| | 1 Komen♬

xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

SELAMAT BERPUASA

| | 2 Komen♬

 Selamat Menjalani Ibadah Puasa  
dan maaf terlalu sibuk dengan urusan harian tak sempat nak jengok Blog


xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

| | 4 Komen♬


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

  Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

  *** Setitik air mata ibu jatuh, 1- kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

  Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata
- MembacaAl-Quran sehingga menitis air mata
- Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

  Orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
- Anak
- Ibu
- Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

  Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

  Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

  Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

  *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

  Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
- “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
- *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
- Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

  Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
- “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
- “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

  *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

  *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
- Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

  Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

  Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

  *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

=> Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

  *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

  Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
- Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
- Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
- Symptom dah terkena saka
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
  Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  Susah nak dapat anak, senang gugur
  Ada rasa kelibat orang lalu
  Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
- Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 7--,--- sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

  Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

  3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

  Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..” 1---x sehari



Anak Lari Dari Rumah
  Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
  *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
- Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia


xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

PINJAM DUIT

| | 1 Komen♬



SAYA NAK BELI BAJU BERHARGA RM50 TAPI SAYA
TIADA DUIT, SAYA MEMINJAM DUiT DUA RAKAN SAYA SEBANYAK RM25
SEORANG ,JUMLAH SAYA PINJAM RM50 . SELEPAS SAYA PERGI KE KEDAI BAJU ITU,TUAN PUNYA KEDAI MEMBERI SAYA POTONGAN HARGA SEBANYAK RM5. "SO" SEKARANG SEHELAI BAJU MENJADI RM45. BAKI DI TANGAN SAYA MEMPUNYAI
RM5 .SELEPAS ITU SAYA MEMBAYAR HUTANG KEPADA RAKAN SAYA SEBANYAK RM1
SEORANG.JUMLAH DI TANGAN SAYA SKARANG BERBAKI RM3."SO" SAYA BERHUTANG
DENGAN RAKAN SAYA SEBANYAK RM24 SEORANG .JIKA DITAMBAHKAN
RM24+RM24=RM48. DAN DITANGAN SAYA MEMPUNYAI RM3. KALAU RM48+RM3=RM51 ..
ABES TUH MANE DATANG RM1 ITU? PADEHAL SAYA MEMINJAM RM50 ???
 
xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

7 KEAJAIBAN DUNIA YANG SEBENAR

| | 2 Komen♬


Suatu hari di dalam sebuah kelas tingkatan 3..
Seperti biasa..
Guru kelas yang mengajar matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..
Sebagai permulaan bagi proses pembelajaran pada hari itu.. guru tersebut meminta murid-muridnya menyenaraikan "7 keajaiban dunia "..
Guru tersebut sekadar ingin menguji pengetahuan am murid-muridnya..
Kelas sunyi seketika..masing-masing tekun mencari jawapan..
. . . .
Setelah beberapa ketika..guru tersebut meminta murid-muridnya menghantar jawapan..
Sebahagian besar jawapan yang diberi oleh para murid ialah;
Taj Mahal, Tembok Besar China, Machu Picchu, Christ the Redeemer (Brazil), Runtuhan Petra, Chichen Itza (Kota kuno puak Maya), dan Collosseum Rome (Itali)

Kesemua murid amat yakin menghantar jawapan masing-masing.
Mereka kembali semula ke tempat duduk..

seorang pelajar perempuan masih lagi terkial-kial menyiapkan tugasan itu...
Cikgu kehairanan..

"Kenapa lambat sangat 'Aisyah? Apa yang kamu tulis tu? Saya cuma minta tujuh sahaja.."

"Saya tidak dapat memilih kerana banyak sangat keajaiban dunia..tak tahu nak pilih yang mana satu.."

"Baiklah..beritahu kelas apa keajaiban dunia yang kamu dapat.."

"Banyak, cikgu...keajaiban dunia yang saya rasa ialah..
Dapat melihat..
Dapat mendengar..
Dapat menyentuh..
Dapat menghidu..
Dapat merasa.."

Dia berhenti seketika..
Kemudian dia sambung semula..

"Dapat berjalan..
Dapat mengeluarkan suara..tanpa menggunakan sebarang bateri, cikgu..
Lagi...dapat berfikir..
Dapat merasakan..
Dapat mencintai..
.............
.........

Cikgu sejarah itu terdiam..kelas sunyi seketika...

xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

Boleh cuba...Subhanallah.

| | 3 Komen♬

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan

pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..

rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..






xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

BUKA LAMAN WEB YG DISEKAT DGN ULTRASURF

| | 2 Komen♬

UltraSurf
Selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat seperti Facebook dan YouTube .
Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan  UltraSurf .Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)

Dapatkan UltraSurf di sini.

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

Mengapa Yahudi Bijak?

| | 3 Komen♬


Artikal ini diterjemah oleh Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir,Universiti Massachuset,USA.Artikel ini lyana terbaca dalam satu blog ,mungkin isu yang dah agak lama , saja nak kongsi bersama pembaca lain.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)






Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA

| | 3 Komen♬

* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

Hot Balloon

| | 4 Komen♬

Sekitar Festival HOT BALLOON di Alor Setar
 

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos