Kisah MERTUA berdendam terhadap MENANTU

| | 5 Komen♬

Suzana (nama sebenar) dan Razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah. Mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar Kuala Lumpur... Mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi. Tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..
Salmah, seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.



Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman.. Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya di U itu dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pun diijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman, tapi malang telah menimpa mereka.
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan!
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya, tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya akan menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan. Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji tidak akan menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab...... ‘…penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan.’ Salmah agak kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut tapi gembira bila melihat perubahan wajah anak kesayangannya. Beliau mencium muka anaknya berkali-kali.
.........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua itu?

*HAHAHAHAHA



FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

CITER NI...PUN LAWAK JUGAK

| | 3 Komen♬

Hj Kelentong punya Story

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dandisahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

Fakta Untuk Lulus SPM

| | 3 Komen♬



1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya.....

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

PEMINAT MAWI

| | 7 Komen♬


Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

MALAM NI....MAKAN YANG SIMPLE2 JER...

| | 3 Komen♬

Christmas-Divider 6 Pictures, Images and Photos





Salam....dah mlm camgini baru sempat nk apdet blog...xceli bukannya bizi mana pun cuma asyik dok klik sana klik sini sampai terlupa nk apdet blog...Ari ni first time check earning kat nuff dan hasilnya tak mengecewakan...senyum lebar jer...wapun baru 5 ari joint nuffnang ni...tp eemmm...ok la...bebaloi jugak la..sambil tu terpikir gak...issh awat la..aku x join nuffnang dari dulu lg....

Malam ni lyana n famli mkn kueteow goreng jer...hubby cakap x lalu nk mkn nasi...kueteow goreng pun lyana wat simple2 jer...masuk apa yg ada jer...pastu hubby mintak buat cucuq udang.
Oklah lyana stop sini dulu...layan jer apa yg ada k....
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

KALAU KORANG NAK TAHU JOM BACA NI...

| | 14 Komen♬

Salam...dah mkn tngh ari yer...korang suma...Oklah kat sini lyana nk kongsi sikit tentang Nuffnang dng korang suma.Ini pun lyana terbaca dari blog sorang cikgu .j-QAF Sk Sulaiman dia punya blog,best blog dia,mcm2 ada.Lyana dah mintak izin tuan punya blog copy paste sai Nuffnang ni..dan dia dah pun bg keizinan.

Ha sebut Nuffnang semua kaki Blogger mesti tau punya,klik jer...income masuk....,camner income masuk yeekkk...emmm lyana sendiri pun x tau camner sbb lyana pun baru lg dlm iklan Nuffnang ni...eemmm x kisahlah camner boleh masuk janji ada income...kan...

NUFFNANG!!

Clik terus dapat income?Yes..Memang kita clik akan dapat duit...Tapi ada caranya.
Sebagai contohnya..kita selalu terbaca kat chat box,klik flymas,KFC,Milo,CIMB dan byk lg la...
Dan kita juga akan perasan bila earning masuk..Traffic punya tinggi tapi hasilnya Ciput...Sebab apa?Sebab apa korang rasa...yea...?????

Ni la jawapannya...Apabila kita click Nuff orang lain..ada yang clik dan terus jer Close Paparan Iklan tu..sebab itulah earning tak masuk..Pada dasarnya..earning akan berjalan bila kita click iklan dan kita kena tunggu iklan tu habis keluar (Loading).Bila iklan tu loading sepenuhnya..Baru la kita blh close..Kalau kita clik dan terus close..Confirm earning tak dapat langsung..Jadi kepada Blogger semua..Kita kena bersabar la..baru kita dapat tolong orang lain dan orang lain pun akan tolong kita..Betul tak..

Pas ni..kalau kita klik iklan,tunggu sampai loading@paparan iklan kuar sepenuhnya baru kita close yea....Ingat tu...pesan cikgu...hihihihi....




HA..KLU CAKAP NK MAKAN APA KAN..SENANG...

| | 9 Komen♬




Salam...ari ni...adik abang cuti,so rileks la sikit,tp lyana tetap masuk dapur awal sebabnya ha apa lg nk ngadap lappy ni..la nk klik2.Wah...sekarang ni kan main suka klik2 kat blog orang hikhikhik..Menu lyana ari ni macam pic kat atas tu la...nasi minyak ujan panas.Ari ni...lyana x yah fikir nk masak apa,tyn hubby, dia cakap buat nasi ujan panas.Ha..kan senang bila mama tanya nk mkn apa abah bg tau jer...idak la..pening kepala mama nk fikir..Eh korang suma dah mkn ker..ha klu belum jom joint lyana mkn..meh la cepat nnti abis pulak...

AKHIRNYA DIA BERBUAH JUGAK.....

| | 2 Komen♬













Salam.....N3 ari ni...x der mkn2 sebabnya lunch lyana n famli tnghhari ni...mee hailam jer...disebabkan mee hailam tu dah beberapa kali wat n3 so ari ni x payah la...Untuk ari ni lyana nk wat n3 sai pokok mangga lyana yg dah mula berbuah.Syoknyerrr...yer la...hampir 5 taun lyana punya tunggu sampai lyana p cakap dng dia"klu hang x berbuah gak,aku tebang hang ganti pokok len"ha kecut perut dia,last2 berbuah jugak..tau pulak takut orang tebang dia...hehehe mcm la dia faham,tp rasanyer dia faham kot,klu tak,x kan dia berbuah.Tp yg x beshnyer dia berbuah kat belah luaq pagaq la...aiseymen,kat sini dah la..bnyk budak2 yg gatai tngan,tp x kisah la...hubby cakap klu yg tu rezeki dia orang biarlah...isshhh x sabar nk tunggu buah dia besar.
Pokok mangga ni...ayah lyana yg bg masa kita orang mula2 pindah dulu,pokok mangga ni lah pokok pertama yg kita org tanam.

Rasanyer sekarang ni mmg musim dia kot...sebab lyana nengok pokok mangga jiran2 lyana pun sumanyer berbunga.Selain pokok mangga,hubby ada tanam pokok betik,pun dah berbuah.Wapun pokok betik ni..x setinggi mana,rasanyer tinggi adik jer...tp dah berbuah.Ha poko belimbing pun hubby tanam jugak,tp br bapa bulan jer..mayb lambat lg kot nk berbuah.Pokok jambu batu yg x der biji pun berbuah gak tp x blh nk snap pic sbb tinggi x sampai.

Wah...kiranya kali ni x yah beli buah la...mcm2 buah dah ada.Hihihihi.....Ada sapa2 yg mengidam nak mkn buah mangga ker...ha mai la umah lyana tp kena tunggu sebulan 2 lagi la...baru buah tu besar hhehehe.....

ORANG LETAK IKLAN NUFFNANG,AKU PUN NK LETAK JUGAK..

| | 5 Komen♬




Salam....untuk petang ni lyana nk wat n3 kek pisang coklt.Respi kek ni lyana cedok kat umah best friend lyana,saper lg klu bukan Ieta.Tp lyana buat 1/2 adunan jer...

Oklah lyana nk citer sikit sal NUFFNANG.Iklan nuffnang ni...baru jer lyana letak lam blog ni.Xceli dah lama nk letak iklan nuff dlm blog tp disebabkan x berapa nk pandai dan malas nk godek sana sini so lyana pun snyap cam tu jer...tp bila nengok Ciki Min yg menerima berkeping keping hem..hem..hem..rasa syok la pulak.Puas jugak godek sana sini dan dng pertolongan hubby dapat la jugak lyana mereallisasikan apa yg lyana inginkan.BTW thanks wat Cik Min gak.....

So dng ramisnya ari ni....lyana dah jadi sebahagian dari warga NUFFNANG.Xsaited sngt ni...hahaha.Pada kawan2 suma klu masuk sini apa lg,ringan2kan lah jari jemari korang suma klik cik NUFF lyana tu yer.......

SEBENARNYER X DER MENDER PUN YG NK DICELOTEHKAN.....

| | 3 Komen♬



Salam....dah mkn tngh hari ker....????klu belum meh la joint lyana mkn nasi ayam yg simple ni...Semlm masa gi jln umah Chik Mi,nengok nasi ayam dia perghh...mengancam,sedap jer rasa.
Lyana pun sama gak macam ieta dah x tahu nk masak apa,puas dok menung kat dapur pikir nk msk apa.Bila tnya hubby,dia cakap masak la...apa pun, aduii jawapan ni la...yg paling lyana x berkenan....

Oklah malaih nk berceloteh panjang,lyana nk gi tengok ladang jap.....byeee....

JOM MAKAN PUDING COKTAIL.....

| | 8 Komen♬



Salam.....ari ni...boleh ngadap pc awal sikit,suma keja dah settle masak pun yg simple2 jer....Dah tak tahu nak atur menu apa lagi...mcm2 resepi dah cuba.Aduiii kekadang tu..pening kepala la...jugak dok pikior nk masak apa.Sapa kata jadi suri rumah ni...senang.....?????x der yg senangnyer,lepas satu keja satu keja nk kena buat.Rasanya jadi suri rumah ni...lebih sibuk dari kejer kat opis hihihihi.....terkejar sana terkejar sini...mak oiii mengalahkan PM....tu dia punya la sibuknya.

Semlm masa gi ronda kat giant ternampak baulu yg rona roni tu teringin la pulak nk mkn,selalunya pandang pun idak...mkn sambil,minum nescafe panas memang terangkat beb.Pas tu....hubby pulak oder nk mkn puding coktail,suma bhn2 dah ada buat jer la...blh dikatakan tiap2 minggu lyana buat puding coktail ni....dah jadi peberet lyana ank beranak la...Tima kasih bnyk2 pd biras lyana yg sudi berkongsi resepi ni...dng lyana.Sekali lyana buat puding ni...mmg lyana akn buat satu mangkuk besar utk 2/3 ari.Masukkakn dalam peti ais bg sejuk dan mkn pulak time panas2 mmg masyuk la...rasa sejuk jer ank tekak...Fuhhh...memang best aaaa.....

post signature

ADA MASA TERLUANG BOLEHLA..JENGOK BLOG SEKEJAP....

| | 5 Komen♬

Salam.....Fuhhh ingtkan dah lama tinggal bnyk sawang upernyer berkilat giler...thanks a lot to my dear friend sapa lg klu bukan ieta.Love u ieta muuaahhh...tengok tu siap dng vakum lagi patut la x der satu pun habuk.Ngeee...oklah disebabkan ieta dah tolong lyana sapu sawang meh kita mkn cucuq jagung manis dng tea o nak tak...

Minggu persekolahan dah masuk minggu ke3 tapi adik stay macam tu jugak,pegi sek nangis lagi,bila teacher dia tnya naper syafiqah nangis,dia jawab adik rindu mama...aduiii...la adik oooiii macam la dah tak jumpa mama.Emmm sabar jer la...

Hari minggu baru ni...lyana ank2 beranak abiskan cuti dekat Penang,kita orang gi lepak umah my SIL kat tabung haji,mak ayah pun gi sekali.Masa kat penang sempat gak lyana ajak my SIL gi kedai serbaneka 100yen...emm mcm yg Cik Mi cakap la...100yen kat BJ x bnyk sngt brg tp ok la...brg yg lyana nak ada kat situ.Mlm minggu lyana bawa ank2 gi ronda2 night market kat Batu Feringghi.Fuhhh letih giler berjalan sepanjang night martket tu...tp adik abang ok jer...balik kita org ronda pulak kat gurney drive tp x brenti pun dah lewat sngt lgpun deyrang suma dah zzzzz...

Ptg ni..lyana buat cucur jagung manis,jagung ni ayah yg bawa masa mai umah lyana ari tu...selalunya klu buat cucur jagung lyana lebih suka masukkan udang,bwng n daun kucai tp disebabkan suma tu x dak dlm stok so buat cucur jagung manis jer..menu kat bawah ni pula suma menu yg tertunggak....minggu lepas punya menu daa.......



SUTUN GORENG KUNYIT


UDANG MASAK KANDAR



LAKSA KEDAH


KEK LAPIS SARAWAK

post signature

ADIK ABANG CUTI MAMA RILEKS LA SIKIT.....

| | 4 Komen♬

Salam......tengah ari ni...atas permintaan adik abang,lyana masak Mee Tomyam untuk lunch tapi nasi lyana masak jugak untuk hubby sebab hubby x bapa suka makan Tomyam orang melayu dia lebih suka makan Tomyam orang Thai hehehehe...hubby kata org Thai masak Tomyam ada kick.....emmm macam2.Tpi selalunya klu buat Tomyam cuma lyana n ank2 jer yg makan.Dish untuk hubby ayam masak itam jer...

Hari ni...lyana betul2 free sebab adik abang cuti so ada la masa mengadap pc lama sikit.Tadi sambil masak sambil sembang dng akak belakang umah,dia ajak lyana joint xtvt AJK wanita taman ni...emmmm ok gak tu...sebab kebanyakan xtvt derang buat malam so x la kalut sngt lagipun derang buat time cuti jer...elok sngt la...tu pada lyana dok ngadap tv mlm2 bih baik joint xtvt yg derang buat ada gak faedahnyer...antara xtvt yg paling menarik minat lyana ialah xtvt masak memasak,kak za kata minggu depan start.wah x sabaq ni...sebab derang akan ajar masak...bestnyer...menurut kak za minggu depan derang nak ajar buat pizza n roti sekaya,ok sngtlah tu......Mlm ni pun ada xtvt jugak tp x pasti lg mlm nanti, kak za kol bg tau...lyana ok jer...

Ok lah lyana stop sini dulu,jom joint lyana makan mee tomyam...panas lg ni...Layannnnnnn.....



post signature

NAK LETAK TAJUK APA NTAH......

| | 4 Komen♬

Salam......Dah lewat petang camgini baru sempat nak apdet blog wat n3 lunch tngh hari tadi.Hari ni...lyana x la...bizi sngt sebab abang apik cuti,so lyana tak kalut sangat la masuk, dapuq.Kiranya ari ni pukul 12 baru la...lyana start masak.Dish tngh ari ni...pun simple jer...ikann siakap 3rasa dng sayur campur paprik,itu jer...utk minum petang pun,lyana x buat apa2 kue,mkn apa yg ada jer...malas sesangat.

Hari ni...dah masuk ari ke5 perskolahan,adik masih buat perangai lagi...aduiii pening kepala jugak pikir pasal adik ni...abg apik dulu x macam ni pun...tadi masa lyana p ambik dia kat sek,teacher dia bg tau,awai tu...ok mau main semua tp bila lepas mkn jer terus nangis nak balik...emmm pening jugak dng budak sorang ni.Klu diikutkan minggu depan dia dah start pegi dng teacher dia,tapi klu dia masih jugak x nak pegi dng teacher dia terpaksa la ...lyana yg antar dan ambik dia dari sek.Terpaksa la...lyana berkorban masa sikit demi ank2.Apa2 pun kita tunggu ari isnin ni....klu mood dia ok,Alhamdulillah.......







post signature

N3 NI...ATAS PERMINTAAN SAHABAT KARIB````````````````````````````````````````````````````

| | 7 Komen♬


PUDING BERKUAH


JELLY MANGGO






post signature