APAM GULA HANGUS

| |


Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu susu pekat
* 1 sudu teh soda bikarbonat.
* 2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 50 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

SELAMAT MENCUBA

post signature

4 Komen♬:

Watierman said...

Wah berkilatnya apam lyana...nampak gebu jer..mesti lembutkan..Akak memang suka sangat dengan apam & kek gula hangus..Lyana ni pandai goda akak nak suruh wat la ni....malas nak kena biar adunan selama 3 jam tu yang malas tu....!!Sebab akak suka yang banyak lobang2 tu...

sunkist said...

gebusss apam tu lyana! sedap, kita suka apa gula hangus ;)

mamalieyna said...

akak kita suka la wat apam gula hangus ni..sedapnyer.. :)

LyanaSyaZam said...

kak wati,sunkist,mamalieyna...
emmmm mmg sedap n gebusss la...