Salam Ramadhan Al-Mubarak

| |

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan
kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah
yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini
sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana
usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya
lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan
menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari
Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang
tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak
akan menemuinya di tahun hadapan.

Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap
detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan
sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada
bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,
diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup
semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu
pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup
walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai
orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan
wahai orang yang mengharapkan kejahatan,
berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana
Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru
itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).

(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


Lafaz Niat Puasa Ramadhan
niat-puasa
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Lafaz Niat Buka Puasa
niat-berbuka-puasa
Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA BLOGGERS

Emote + Smiley

4 Komen♬:

miemiey said...

salam ramadhan..marilah kita sama2 mencari keberkatan dibulan yg mulia ini..moga2 ALLAH panjangkan usia kita untuk kita mencari pahala sampai keakhir ramadhan ini..amin...

LyanaSyaZam said...

Moga kita berjumpa ramadhan ini dan seterusnya..InsyaAllah

Noorhodza said...

Selamat berpuasa Lyana... moga sihat menunaikan ibadah puasa nanti. Maaf ye kalau ada salah bicara...

zieha said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa..:)