NASI LEMAK HIJAU

| | 10 Komen♬

Salam semua,dah lama aku x buat n3 masakan,kebetulan hari ni aku masak nasi lemak hijau,so aku pun merajinkan diri snap gambar untuk buat n3 hari ni....

Xceli dah lama aku nak try resipi ni...tapi masa x mengizin kan (ceewahh macam la..bizi sangat...)Tetiba semlm teringin sangat nak makan nasi lemak,selalunyer aku beli jer kat gerai depan tu...tapi memandangkan hari ni aku rajin sikit aku buat jer sendiri.Resepi ni dah lama aku copy dari blog saper tah...aku pun dah lupa,tapi baru hari ni cuba buat.Nasib bek la menjadi,tapi warna pucat sikit sebab aku guna air daun pandan jer...tanpa masukkan pewarna.

Yang bestnyer nasi lemak hijau ni mendapat pujian dari hubby dan anak2...eeeiiii...sukanyersengihnampakgigi


Inilah dia ruper nasi lemak tu...

yang ni..pulak ikan bilis goreng

ni...semer geng2 nasi lemak tadi...

sambal tumis ikan bilis peberet hubby n abg apik

telur rebus peberet adik

warna nasi yg agak pucat tapi sedappp...

post signature

YASIN - NURKASIH

| | 0 Komen♬


Aku xtaw la sebab drama ni tersangat ler hangat. Hubby aku pun minat citer nie gak..hehe.sengihnampakgigi Walaupun dah baca sinopsis citer sepenuhnya tapi kat TV kena gak tengok..lebih puas menonton dari baca citer..Papehal aku share OST lagu drama ni.Layan!!!menari

DOWNLOAD

post signature

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

| | 6 Komen♬


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,
dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda
ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat
di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,
'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas
yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.
*
Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,*
*
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..*
*
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'* *
(Al-Isra': 12). *
*
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. *
*
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. *
*
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.*
*
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk. *
*
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3). *
*
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di
atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17). *
*
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.**
*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat.' (Al-An'am: 160).*
*
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .*
*
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60). *
*
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.*
*
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. ' (At-Takwir: 18). *
*
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. *
*
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu
semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.' (Yusuf:98) *
*
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.' (Luqman: 19). *
*
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. *
*
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah
s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.'
(Al-Anbiya': 69). *
*
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).*
*
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).*
*
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam * *
hari dan Dua di siang hari.*
*
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi. *
*
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'*
*
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak. *
*
Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya! '*
*
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah.' *
*
Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '*
*
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '*
*
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa *.**


post signature

Take A Break

| | 3 Komen♬


Salam semua,huh... dah lama aku x jenguk blog.Entahlah seminggu 2 ni...rasa malas sangat nak apdet...cam dah ketandusan idea..ngantuk..tiada perkara baru nak dipaparkan..Sekali pikir tu...timbul rasa malas berblog ,tapi 2 kali pikir fikir takkan nk stop kot?...penat2 bangunkan blog tiba2 nk tinggalkan camtu jer...sayang ler plak !sebab kerana blog ni lah aku dapat ramai kawan dari seluruh pelusuk.emmm..... cam na yek...garupale

Tapi dalam 2-3 minggu nie aku jarang mengadap pc sbb hubby will be fully using pasal the last "Travian Game" so friends if any message for me..please leave up message in chat box..

post signature

Makan-makan Raya Ke5

| | 3 Komen♬

Ntah ler aku rasa kerap sgt buat BBQ sepanjang tahun nie..mungkin dah jadi peberet aku sekeluarga lakukan xtvt ini.....maklum ler sekarang ni dah pandai buat satay dah tu dapat pujian ramai pulak tu....hihihihi...

Hari raya ke5 kita org x pelan gik mana2 coz raya ke4 aku n famli dah terjah suma umah adik beradik,x der satu pun yg tertinggal.Disebabkan x der xtvt yg nak buat kita org pun plan la bakar satay.X jemput sesaper pun,kita org adik beradik jer.Satay pun cuma buat 2ekor ayam jer...pastu grng beehoon sikit n rebus nasi himpit,kiranyer menu pun simple2 jer.yay!










post signature

Jom Tengok Gambar Raya

| | 1 Komen♬









post signature

E-Card Salam Aidilfitri

| | 18 Komen♬

Pada pengunjung semua yang masuk ke sini secara dengan sengajanya atau tidak sengaja sudikanlah kira menerima kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sebagai pengganti diri memohon kemaafan andai ada salah dan silap perkataan mahupun perbuatan yang menyinggung hati dan perasaan kalian.
Semoga menjelangnya 1 Syawal , hubungan keakraban silaturrahim sesama kita tetap berpanjangan buat selamanya.
Akhir kata "RAYA JEMPUT LER DATANG RUMAH"celebrate




post signature

Tak Perlu Tajuk

| | 0 Komen♬

Alhamdulillah hari ni.. genap 28hr kita umat islam bepuasa raser sekejap jer...dah nak raya, cuma tinggal satu hr jer...lagi.Sedih la...pulak Ramadhan dah nak pergi,mudah mudahan taun depan kita akan berjumpa lagi dengan bulan yg mulia ini...

Persiapan raya untuk myfamly Alhamdulillah dah siap suma,brg2 yg nak bawa balik kg pun dah siap aku pack.Semangat betul ni..nak balik raya.....raser2nyer suma SIL aku dah berkumpul kat umah MIL x sabaq nak jumpa dia orang suma.Cuma apa yang aku sedih kan huhuhu...... mak ayah kat kg,huhuhu..... sedih sngt coz taun ni kami adik bradik suma beraya kat umah MIL masing2 raya ke3 baru balik umah mak.Adusss sedih giler bila mengenang kan mak ayah kat kg tapi sib baik la...adik aku yg bongsu tu...umah MIL dia dekat dng umah mak so...boleh la..dia berulang alik ke rumah mak.

Malam ni...pas hubby balik keja kita org akan terus balik kg.Hr ni dapur aku off lg,dekat ujung2 Ramadhan ni rasa malas pulak nak turun dapur ye...lah sumanyer dah siap aku kemas so mls aku nak kotorkan dapur aku ngan minyak...mlm ni aku n famli berbuka kat kg.Esok pulak plan nak buat kuih siput ngan MIL tp x tahu la...menjadi ke x plan tu...harap2 jadi la...boleh katakan tiap2 taun MIL mesti buat kuih siput sebab ia salah satu kuih peberet kami suma.

Raser2nyer ramai kawan2 yg dah bertolak balik ke kg kan...So behati hatilah semasa memandu ingat org tersayang.Semoga selamat sampai ke destinasi masing2.

xpost signature

Whole Day XTVT

| | 4 Komen♬

Balik kampung lagi...biasa la dah dekat nak raya ni makin kerap aku balik umah MIL.Bnyk menda yg nak kena settle,tlng MIL buat biskut raya,pasang langsir dan hubby pulak sibuk tolong my FIL cat umah...wah...raya sakan thn ni...kali ni turn aku n famli raya kat kg hubby.2 hr aku n famli brkampung kat umah MIL,mcm2 XTVT yang kita orang buat,penat gak la...tapi suasana meriah nak sambut raya membuat rasa penat bertukar jadi happy.
Masa balik dari umah MIL perut terasa lapar la...pulak...tekak ni teringin sngt nak mkn western food.Mulanya plan nak mkn pizza jer tapi ank2 x mau pulak...pikir punya pikir last2 hubby ajak pekena chicken chop, aku ok jer ank2 pun kata ok... Hubby bawa kita orang gik mkn kat restoran superN8.Pergghh... mmg sedaplah chicken chop kat sini...
K...lah aku stop kat sini dulu...layan jer gambo kat bawah ni...
Oppppssss gambo kat bawah ni..adik-abang tngh try baju yg baru jer MIL aku siapkan..Xceli bnyk gambo yg hubby snap tp gambo ni...jer yg rasa ok pun...


Pre post Baju Raya adik-abang ..kaler..???? raya nnt baru kasi kaler..

Super Chicken Chop dari Restoran SuperN8

Sempat lagi berposing sebelum makan

Amboi khusyuknya Abg Apik makan....

post signature

Ada Lagi

| | 0 Komen♬

Ada lagi yang sudi menghulurkan kad raya.Tima kasih pada kawan2 semua maaf bebanyak yer agak lambat sikit lyana gantung kad2 ni semua.Almaklum la..raya dah semakin dekat sibuk memanjang...sampai x der masa nak ziarah umah kawan2.Lyana jugak mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi memberi kad2 yang cantik ni...Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.


kad dari Welly
kad dari Mai
kad dari Kak Wati


kad dari Kamria


kad dari Yatt

Kad dari SIL(Mila)

Kad dari Reen


Kad dari Ifa

Kad dari AnaWahid

post signature