JUJUR DALAM SENDA

| |


Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?

Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta.” [1]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [2]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi Islam tidak membenarkan pembohongan, walaupun hanya untuk bergurau semata-mata. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya:

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [3]
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

5 Komen♬:

FyZa said...

yup..jujur dlm stiap apa yg kita wat..insyAllah at tnang sllu..=)

Alimaz-Kembara Terasing said...

jujur pada diri sendiri...susah nak cari org jujur la ni

Watierman said...

Ooops...kalau hidup selalu suka bersenda gurau ni....susah jugak erk!Moga Allah ampunkan segala gurau senda dan lawak sendaloka antara Akak dan hamba2 yang lain kiranya ada....kerana Akak ni insannya yang jahil & khilaf!

Matt said...

kalo gurau yg ade double meaning cam ne plak ek? adakah masuk bwh kategori menipu?

BRO SCHUMY said...

senang jer....ko cuma refer ayat n3 yg last skali...ko tahu ler kategori mana !!! huhu!!