BACALAH YAASIN

| |

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

12 Komen♬:

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Terimakasih diatas perkongsian ilmu yang amat berguna ini. Semoga menjadi amalan kita sebagai seorang islam.

Ariffuddin Sani said...

Terima kasih dengan perkongsian ini. Mari amalkan. :)

Cikgu Yang said...

Salam!!! Terima kasih mengingat-ngingatkan sesama kita.

cEro said...

Thanks..
seriously, dh lame gile tak bace yassin sjak abes blaja nih..
rase diri smakin jahil...

Juju said...

tq lyana for sharing this info

azman said...

insaf aku...

Zoul said...

terima kasih sudi berkongsi..

noie said...

terima kasih.. dapat satu ilmu hari ni :)

para said...

kenapa diri ini masih berat untuk melakukan perkara kebaikan...

Mimie said...

thanks for ur info..sama2lah kita amalkn no..

scya lollita said...

insyaALLAH cbe ntuk wat pkre yg lbih baek (:

KASIHARTQUILT said...

teringat saya..masa tingkatan 3 nak ambil srp.. baca sendiri surah ni..buat air berbotol-botol.. minum hari -hari.. nak bagi lulus.. alhamdulillah berkattt...