DEMAM FACEBOOK

| | 6 Komen♬


Sejak 2 menjak nie lyana begitu sibuk ngan xtvt yang bleh memecahkan peluh..heheheh!! Dulu dah buat dah pastu berhenti kejap pastu sambung balik sbb ramai member2 dan adik badik dah mula join ..rasa sonok ler plak..hinggakan laptop kat rumah jadi rebutan antara lyana ngan anak2 termasuk ler hubby...(kartun kat atas tu sejibik cam hubby lyana)...semernya nak gik berkebun..berkebun ler kononnya !!!! hahahaha..memang pun..org zaman skang nie berkebun bukan lagi di tanah tapi di pc plak..duit hasil juta2 wohhh...rumah tahap villa tu..lucu ler plak.Kalau real kan seronok...bleh jadi jutawan..kui3!!!ada ayam ,lembu,kuda kalau jual siap bleh beli ferrari lagik..keh..keh..keh.!!!

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

JUJUR DALAM SENDA

| | 5 Komen♬


Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?

Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta.” [1]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [2]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi Islam tidak membenarkan pembohongan, walaupun hanya untuk bergurau semata-mata. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya:

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [3]
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

DAPAT AWARD LAGI...

| | 5 Komen♬

Salam....Dapat award lagi..award ni..datangnyer dari Nina.Thanks yer...dear sudi bg akak award yang kiut ni.. (sekiut cik empunya award.)Luv u muahhhhhh....
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

TAG 10 (PASSOVER FROM CIKMIN)

| | 6 Komen♬




[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Seorang isteri merangkap ibu pada anak2 serta timbalan menteri kewangan

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Teman bual bicara

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Set perabot jati
Honda City
Set lengkap koleksi Vantage
Ubah suai rumah
Tonton F1 secara langsung kat Litar Sepang

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Salizam Bin Ali

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Kacak(dari kaca mata Lyana ler...)
Bekerja keras untuk keluarga(selalu buat O.T)
Seorang yang kool
Boleh ingat no kp baru dan lama Lyana
Berkongsi pendapat dlm byk perkara


[#6] Bila tarikh anda couple?
1995(tarikh tak ingat)

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Biarlah rahsia

[#8] Lagu tema cinta anda?
Ratuku (Awie)

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Berhenti merokok

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
kak atie
cik mi
Pink
Jieda
Nurul
mamalieyna
serimie
cempaqa
kak kam

p/s: Tolong jawap dalam bahasa ibunda dan jawab dengan sejujurnyer..

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

JOM JOINT GIVEAWAY SIS ITAJEFFS.....

| | 3 Komen♬

Jom joint GIVEWAY Kak Ita ada HADIAH menarik yang sedang menanti.Ini adalah GIVEAWAY yang pertama yang lyana joint.Sebelum ni x pernah pun joint mana2 GIVEAWAY.Tapi kali ni..lyana tertarik sngt dng hadiahnyer..mana ler tahu..kot2 ada rezekikan...meh la..kita pakat2 joint GA ni...Saper yg nk joint GIVEAWAY ni...klik jer link ni... itajeff68

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

TAG FROM NURUL...(sowey yer nurul...lyana amik masa yg lama nk siapkan tag ni...)

| | 0 Komen♬

1.Adakah anda rasa HOT??
Hot sngt bila ank2 tak nak dengar cakap

2.UPLOAD GAMBAR KESAYANGAN ANDA???



3Cerita pasal gambar
Sbb kedua dua insan yg dlm gambar ni adalah anugerah yg x ternilai dan harta yg paling berharga dlm hidup lyana..

4.BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA?????
Rasa2nya sebulan yg lepas..time malam psl tak masak nasi lapar

5.LaGu TERAKHIR ANDA DENGAR?????
Alamak lupa la...lagu apa yekkk....

6. Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Dengar radio sinar

7.Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Ayang (panggilan dr hubby)
Ibu (panggilan dari adik abang)

8.Tag lagi 8 orang.
Opst!!! sowey takut nk tag orang...takut kena marah la....

Untuk soklan 9,10,11,12,13,14,15 lyana x jawab coz tak der saper2 yg lyana tag
kita ke soklan seterusnya (soklan 16)

16.Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mentag anda.                              1.semestinyer seorang perempuan sebab namanyer pun Nurul...
                               2.sudah berkawen
                               3.mempunyai 3 orang pu3
                               4.orang Johor
                               5.seorang suri rumah sepenuh masa

17.Persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
 ke2 2nyer sedap dimakan bila masak kari hehehe




18.Perasaan anda wat tag ni? biasa jer...sebab dah selalu kena tag huhuh


19.Adakah anda tau si Razman itu sengal?
 siapa Razman tu...x kenal pun...


20.a) GAY or b) LESS?
kenal pun iadak,mana la nk tau GAY ke LESS lu pikr lah sendiri....

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

BILA LELAKI DAN WANITA ITU BERBEZA

| | 5 Komen♬

Pernahkah anda baca buku 'Men are from Mars & Women are from Venus' ? Paling utama dalam buku tu menceritakan tentang meraikan perbezaan antara lelaki dan wanita.

Banyak, dari segi fizikal mental, ada saje perbezaan, tapi hikmah disebaliknya memang besar, saling melengkapi antara satu sama lain. Antara yang best isi kandungannya.


"Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki
menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki
dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan
oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkanya
menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan yang lebih halus. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga daripada segi psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara.

Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, sura-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek,ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana... ..

Wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. (hee hee )

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.
Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli-belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain di pegang, di perhati dan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus maeuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi"
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

PAGI YG AMAT MEMBOSANKAN....

| | 1 Komen♬

Salam... Pagi ni...adalah pagi yang amat membosan kan..apa taknyer..hubby keje pagi..adk pulak cam biasa la...memang sek pg pun and abg apik pun kena sek pagi hari ni...coz ada sambutam Maulidur Rasul kat sekolah.Selalunya klu hubby dng adik x der abg apiklah jadi peneman...tp ari ni tinggal lyana jer...terkontang kanting kat umah sorang2...huhuhuhu...nasib baiklah ada cik lappy ni...boleh la juga hilangkan rasa bosan dng bw ke blog kengkawan.Tapi .....tapi...masih jugak rasa bosan....aduiii klu la..tiap2 ari cam ni...emm x tau lah...korang pikirlah sendiri.......
FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

BACALAH YAASIN

| | 12 Komen♬

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos

SAKIT KEPALA

| | 8 Komen♬

Lyana ada terbaca satu n3 dan Nak share dgn semua org petua untuk menghilangkan sakit kepala. Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migraine ialah sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoa la. Insyaallah, korang akan jarang alami sakit kepala. Cuba la. Kalau boleh buat setiap waktu solat. Jika tidak, waktu subuh mesti buat. Selamat mencuba.InsyaAllah!





Surah Al Waqiah ayat 19.

Baca setiap 7x selepas solat.
Selawat dan baca ayat ini dan
tiup atas air dan minum



FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos