Fadhilat Solat Tarawih

| | 2 Komen♬

Tidak ketinggalan juga ingin berkongsi dengan pembaca kelebihan Solat Tarawih dari malam pertama ke malam ke 30.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Ada Kad Lagi....

| | 0 Komen♬

Kali ini kad ni...datang dari Ika dan Alimaz.Thanks yer kengkawan,semoga ikatan yang terjalin akan terus berkekalan Aminnn.....


Kad ini dtgnyer dari ika Thailand thanks Ika

kad ini pula dtgnyer dari teman baru Alimaz
thanks Alimaz

Dapat kad lagi la...beshnyer...

| | 1 Komen♬

Lagi kad dari kawan2 blogger.Makasih yer kawan2 sumer sudi bagi lyana kad yang kiut2 ni...
Maap yer...agak lewat sikit lyana entry wapun dah 2 3 hari lyana dah angkut kad2 ni hihihi...Makasih bebanyak buat PnIena,Chempaqa,Chik Mi,Mama Kiter,Miemiey


Kad Dari PnIena

Kad Dari Miemiey



Kad Dari Mama Kiter


Kad Dari ChikMi


Kad Dari Chempaqa

Salam Ramadhan Al-Mubarak

| | 4 Komen♬

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan
kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah
yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini
sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana
usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya
lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan
menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari
Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang
tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak
akan menemuinya di tahun hadapan.

Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap
detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan
sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada
bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,
diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup
semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu
pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup
walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai
orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan
wahai orang yang mengharapkan kejahatan,
berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana
Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru
itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).

(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


Lafaz Niat Puasa Ramadhan
niat-puasa
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Lafaz Niat Buka Puasa
niat-berbuka-puasa
Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA BLOGGERS

Emote + Smiley

CANDID -GiveAway Contest

| | 3 Komen♬

First time nie nak masuk contest dan jugak nak menyahut cabaran dari Zieha dalam Candid GiveAway Contest.Masuk nie pun bukan ler nak menang just for fun jer tapi klu menang tu syok ler gak ...kekekeke !!!


Tabiat adik bila ngadap pc (2 in 1 ) ..kali nie baru aku dpt snap

so sesaper nk join gik kat
CANDID -GiveAway Contest

Kad Lagi....

| | 0 Komen♬


Kali ni...kad ni datang dari Eiyna Termeloh Pahang dan Amy yang
nun.....jauh di German.Makasih Eiyna dan Amy diatas kad yg
cantik ni....semoga ikatan yang terjalin ini akan brkekalan...........


Kad dari Eiyna

Kad dari Amy

Kad dari AnaWahid

| | 0 Komen♬

Kad yang cantik ni...dari AnaWahid.Thanks yer Ana untuk kad yg cantik ni....

HARAP DIMAAFKAN

| | 2 Komen♬

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal
yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara Suami Isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya ROSLIYANA BT CHE RUSS TERLEBIH DAHULU MEMOHON
MAAF jika saya ada berbuat Kesalahan, baik yang tidak di sengaja
maupun yang di sengaja ,HARAP DIMAAFKAN. semoga kita dapat menjalani
ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
Insyaallah.

'

Kad dan Award dari kawan-kawan

| | 1 Komen♬

From Mizan


From Kak mimieloma


From Kak Ayu


Sekali sekala

| | 5 Komen♬

Salam sumer...hari ni aku on laptop awal,lepas jer abg apik gik sek. terus aku on terjah umah kawan2.Lepas tu..masuk dapur kemas apa yang patut sambil tu...pikir nak masak apa untuk makan tngh hari ni....last2 dapat la...menu kat bawah ni....selalunyer aku x pernah snap pun masakan aku tapi kali ni...atas prmintaan kawan baik aku...aku snap menu ni...dan tempek kat sini....khas untuk dia.Lagi pun kawan baik aku ni...baru jer baik demam,moga2 bila dia tngk menu aku ni...dia happy.