Tag From Zek

| | 2 Komen♬

. Bekas kekasih saya adalah :
~~ sumanyer dah delete dari kotak ingatan

2. Saya sedang mendengar :
~~orang main mercun wapun diharamkan

3. Mungkin saya patut :
~~bubuh baja pokok bnga, dah sebulan x bubuh baja

4. Saya suka :
~~korek telinga anak2

5. Sahabat-sahabat baik saya :
~~Ieta dan suma yg baik dng saya

6. Saya tak paham :
~~Kenapa pokok mangga saya x nak berbuah

7. Saya kehilangan :
~~pedoman bila tengok set pinggan mangkuk yang cantik2

8. Ramai yang berkata :
~~awat muka adik mcm cina(ank aku daa...)

9. Makna nama saya :
~~kelembutan tapi makna tu x sepadan langsung dng sikap saya yg agak kasar ni hiihi

10. Cinta itu adalah :
~~sebuah perkataan jer

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
~~korek hidung

12. Saya akan cuba :
~~bgtau dia"dik ni bulan posa x blh korek hidung nanti btl posa

13. Ayat selamanya membawa maksud :
~~forever

14. Telefon bimbit saya :
~~dah jadi macam psp adik

15. Bila saya terjaga dari tidur :
~~gik toilet buang air

16. Saya paling meluat bila :
~~tengok pompuan gedik

17. Pesta/Parti adalah :
~~best klu sekali sekala pegi

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
~~anak tikus(eeeiii geliiii)

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
~~zaman kanak2(nak apa suma dapat)

20. Hari ni :
~~hubby cuti

21. Malam ini saya akan:
~~pegi terawih

22. Esok pula saya akan :
~~gik shping baju raya ank2(klu jadi la...)

23. Saya betul-betul inginkan :
~~pokok jambu saya berbuah lebat hihihi

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
~~mak oooiii makin tembam pulak pipi aku

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
~~Pusat membeli belah la

26. Makanan Barat atau Jepun :
~~Dua2 bukan peberet

27. Bilik yg terang atau gelap :
~~Gelap

28. Ayat terakhir anda katakan pada seseorang?
~~adik jom tidoq

29. Siapa yang anda nak Tag?
~~x der sapa2 nanti kena marah hihihi

Zek lyana dah jawab tag ni...harap2 tu zek puas hati dengan jawapan lyana no...

post signature

adus

The Best

| | 4 Komen♬




KALAU NAK JADIK BEST
KITA MESTI YAKIN KITA MEMANG BEST
LEPAS TU BILA KITA YAKIN KITA MEMANG BEST
KITA USAHA LAK MELAKUKAN YANG TERBEST
KEMUDIAN BILA KITA DAH BUAT YANG TERBEST DENGAN BESTNYA
TAKDE SEBAB ORANG LAIN NAK KATA TAK BEST
MAKA BILA ORANG DAH KATA BEST
MEMANG BEST LA JADIKNYA
TAPI BIASALA KALAU DAH BEST
RAMAI ORANG YANG BENGANG TAK KURANG GAK YANG GERUN
TIME-TIME CAM NI BANYAK Ler KELUAR CERITA YANG TAK BEST DI DENGAR
NAMUN AKU TETAP SELAMBA KERANA
ORANG YANG BERFIKIRAN BEST AKAN BEST DIFIKIRAN ORANG LAIN.......

post signature

Apa Yang Aku Buat

| | 1 Komen♬


Salam.....dah lama aku x buat n3 pasai xtvt aku.Hari ni lepas jer sahur sementara nak tunggu solat subuh terus jer aku on line,baca paper aku cuma baca tajuk yg berkenan dihati jer,bab2 politik ahhh malas nak layan.Selepas tu sempat gak aku terjah umah kengkawan hihihi.....tumbuk

Hari ni..tahap kerajinan aku mececah tahap maxsima,wah kiranyer hari ni...aku betul2 rajin la...lepas jer solat subuh aku mula xtvt aku dng melipat baju yg dah 2 3 hr aku x lipat(faham2 lah yer klu dah 2 3hr x lipat)hihihi....dah settle suma bab lipat melipat ni...aku mula pulak mengemas kat dapur abis suma bahagian dapur aku godek.Dah puas dng hasil kerja aku kat dapur aku mula ngan ruang tamu pulak...sambil mengemas kat ruang tamu sempat gak aku gurau ngan hubby iisshh sofa ni..klu tukar baru mesti lg brseri ruang tamu kita kan bang hihihi..... hubby hanya tersenyum penuh makna,boleh katakan setiap inci ruang umah ,suma aku godek.Selalunyer klu nak buat housekeeping aku tunggu hubby off baru kita orang akan buat sama2 tp mmandangkan hari ni x der kejer nak buat so aku buat sendiri jer.ketukmeje

Dah settle suma kejer umah aku kejutkan adik abang bngun mandi,pagi ni...adik abang masih nak mandi air panas apa taknyer air paip dah macam air dlm fridge sejuk sesangat.2 3hr ni...asyik hujan x brenti tp ok gak bila hujan bulan posa ni...badan pun x lah rasa letih sangat.Dah siap suma kita orang gik Giant shpping brg dapur.kebetulan pulak hr ni ada IT fair kat Giant sempat gak singgah,hubby beli 1 2 xsesori lappy.Wapun masih awal tapi kat Giant orang dah ramai,mcm ni lah keadaan kat Giant Kulim,sejak pembukaan hujung bln6 sampai skrg orang x pernah pun reda.hah

Settle beli brg dapur berbagai terus gik klinik Iman kat Tmn Selasih ambik ubat abg apik...ramai pulak hr ni kat klinik tapi x tunggu lama sngt la....mulanyer abg apik nak puasa full day tp blk umah aku suruh buka sebab nak kena mkn ubat.Hari ni dapur aku off lagi...nasi lauk dan kuih suma aku tapau jer...ye la...dah seharian buat kejer umah letihh....penat

Selesailah sudah xtvt aku sepanjang hari ni...
starstarstarstarstarstarstarstar

post signature

Memang Allah Sengaja..!!

| | 5 Komen♬



Sekadar renungan bersama……

Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA


10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat..

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.


9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam



post signature

Tag From Ieta

| | 0 Komen♬


1.BILA ANDA RASA HOT????
Time tgh malam blackout..panas seh..peluh bercerau adus

2.UPLOAD GAMBAR KESAYANGAN ANDA???



3.NAPER ANDA SUKA GAMBAQ INI????
Sbb sampai jer disini aku bleh shopping mcm2..kekeke setan

4.BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA?????
Rasa2nya sebulan yg lepas..time malam psl tak masak nasi lapar

5.LaGu TERAKHIR ANDA DENGAQ?????
Terlalu istimewa (peserta jgn lupa lirik) siul

6.APA YG ANDA BUAT SAMBIL SELESAIKAN TAG INI???
Sambil nonton siaran ulangan Jgn Lupa Lirik siul

7.SELAIN DARI NAMA ANDA SENDIRI...ANDA SUKA DIPANGGIL DENGAN NAMA APA?????
Ayang (panggilan dr hubby)ros
Ibu (panggilan dr anak2)love

8.TAG LaGi 6 ORG TANPA RASA KEKESALAN...
Opst!!! sowey aku tak sempat nak pikiaQ rindu


SOKLAN NaSi TAMBAH

1.NAMA TIMANGAN...
Lyana jer...celebrate

2.ANDA SEORANG YG ???
Tak menentu emosi tension

3.LAGU KESUKAAN..
Lagu2 Retro dari Sinar.FM encem

4.BEST FOOD KESUKAAN ANDA????
Terlalu byk..susah nk kategori sbg paberet lapar

5.SIKAP YG MEMBUAT ANDA STRESS???
Anak2 takmo dengar cakap tension

6.PEBENDA YG MESTI ADA DaLAM BEG.....???
Duit.henpon,IC adacall

7.WARNA KESUKAAN.....
Biru gile


post signature

Tips kejutkan orang bersahur

| | 8 Komen♬


Puasa banyak orang yang boleh buat tapi time untuk bangun atau bangunkan orang bersahur adalah time paling kritikal sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan...sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia......bagi dia ambik bau sikit......

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut Maa Rabbukaa!!!! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaasin!

tapi kalau still tak ada effect gak....ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

Jangan marah haaaa.....SELAMAT BERPUASA

Fadhilat Solat Tarawih

| | 2 Komen♬

Tidak ketinggalan juga ingin berkongsi dengan pembaca kelebihan Solat Tarawih dari malam pertama ke malam ke 30.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Ada Kad Lagi....

| | 0 Komen♬

Kali ini kad ni...datang dari Ika dan Alimaz.Thanks yer kengkawan,semoga ikatan yang terjalin akan terus berkekalan Aminnn.....


Kad ini dtgnyer dari ika Thailand thanks Ika

kad ini pula dtgnyer dari teman baru Alimaz
thanks Alimaz

Dapat kad lagi la...beshnyer...

| | 1 Komen♬

Lagi kad dari kawan2 blogger.Makasih yer kawan2 sumer sudi bagi lyana kad yang kiut2 ni...
Maap yer...agak lewat sikit lyana entry wapun dah 2 3 hari lyana dah angkut kad2 ni hihihi...Makasih bebanyak buat PnIena,Chempaqa,Chik Mi,Mama Kiter,Miemiey


Kad Dari PnIena

Kad Dari Miemiey



Kad Dari Mama Kiter


Kad Dari ChikMi


Kad Dari Chempaqa

Salam Ramadhan Al-Mubarak

| | 4 Komen♬

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan
kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah
yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini
sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana
usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya
lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan
menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari
Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang
tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak
akan menemuinya di tahun hadapan.

Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap
detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan
sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada
bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,
diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup
semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu
pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup
walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai
orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan
wahai orang yang mengharapkan kejahatan,
berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana
Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru
itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).

(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


Lafaz Niat Puasa Ramadhan
niat-puasa
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Lafaz Niat Buka Puasa
niat-berbuka-puasa
Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA BLOGGERS

Emote + Smiley