Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

| | 5 Komen♬


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

  Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

  *** Setitik air mata ibu jatuh, 1- kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

  Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata
- MembacaAl-Quran sehingga menitis air mata
- Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

  Orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
- Anak
- Ibu
- Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

  Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

  Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

  Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

  *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

  Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
- “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
- *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
- Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

  Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
- “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
- “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

  *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

  *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
- Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

  Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

  Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

  *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

=> Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

  *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

  Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
- Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
- Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
- Symptom dah terkena saka
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
  Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  Susah nak dapat anak, senang gugur
  Ada rasa kelibat orang lalu
  Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
- Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 7--,--- sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

  Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

  3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

  Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..” 1---x sehari



Anak Lari Dari Rumah
  Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
  *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
- Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia


xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

PINJAM DUIT

| | 1 Komen♬



SAYA NAK BELI BAJU BERHARGA RM50 TAPI SAYA
TIADA DUIT, SAYA MEMINJAM DUiT DUA RAKAN SAYA SEBANYAK RM25
SEORANG ,JUMLAH SAYA PINJAM RM50 . SELEPAS SAYA PERGI KE KEDAI BAJU ITU,TUAN PUNYA KEDAI MEMBERI SAYA POTONGAN HARGA SEBANYAK RM5. "SO" SEKARANG SEHELAI BAJU MENJADI RM45. BAKI DI TANGAN SAYA MEMPUNYAI
RM5 .SELEPAS ITU SAYA MEMBAYAR HUTANG KEPADA RAKAN SAYA SEBANYAK RM1
SEORANG.JUMLAH DI TANGAN SAYA SKARANG BERBAKI RM3."SO" SAYA BERHUTANG
DENGAN RAKAN SAYA SEBANYAK RM24 SEORANG .JIKA DITAMBAHKAN
RM24+RM24=RM48. DAN DITANGAN SAYA MEMPUNYAI RM3. KALAU RM48+RM3=RM51 ..
ABES TUH MANE DATANG RM1 ITU? PADEHAL SAYA MEMINJAM RM50 ???
 
xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

7 KEAJAIBAN DUNIA YANG SEBENAR

| | 2 Komen♬


Suatu hari di dalam sebuah kelas tingkatan 3..
Seperti biasa..
Guru kelas yang mengajar matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..
Sebagai permulaan bagi proses pembelajaran pada hari itu.. guru tersebut meminta murid-muridnya menyenaraikan "7 keajaiban dunia "..
Guru tersebut sekadar ingin menguji pengetahuan am murid-muridnya..
Kelas sunyi seketika..masing-masing tekun mencari jawapan..
. . . .
Setelah beberapa ketika..guru tersebut meminta murid-muridnya menghantar jawapan..
Sebahagian besar jawapan yang diberi oleh para murid ialah;
Taj Mahal, Tembok Besar China, Machu Picchu, Christ the Redeemer (Brazil), Runtuhan Petra, Chichen Itza (Kota kuno puak Maya), dan Collosseum Rome (Itali)

Kesemua murid amat yakin menghantar jawapan masing-masing.
Mereka kembali semula ke tempat duduk..

seorang pelajar perempuan masih lagi terkial-kial menyiapkan tugasan itu...
Cikgu kehairanan..

"Kenapa lambat sangat 'Aisyah? Apa yang kamu tulis tu? Saya cuma minta tujuh sahaja.."

"Saya tidak dapat memilih kerana banyak sangat keajaiban dunia..tak tahu nak pilih yang mana satu.."

"Baiklah..beritahu kelas apa keajaiban dunia yang kamu dapat.."

"Banyak, cikgu...keajaiban dunia yang saya rasa ialah..
Dapat melihat..
Dapat mendengar..
Dapat menyentuh..
Dapat menghidu..
Dapat merasa.."

Dia berhenti seketika..
Kemudian dia sambung semula..

"Dapat berjalan..
Dapat mengeluarkan suara..tanpa menggunakan sebarang bateri, cikgu..
Lagi...dapat berfikir..
Dapat merasakan..
Dapat mencintai..
.............
.........

Cikgu sejarah itu terdiam..kelas sunyi seketika...

xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

Boleh cuba...Subhanallah.

| | 3 Komen♬

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan

pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..

rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..






xXxsPaRTaNxXx Pictures, Images and Photos

BUKA LAMAN WEB YG DISEKAT DGN ULTRASURF

| | 2 Komen♬

UltraSurf
Selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat seperti Facebook dan YouTube .
Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan  UltraSurf .Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)

Dapatkan UltraSurf di sini.

FlowerRoseRedSparkleBar Pictures, Images and Photos